Mypegangan

Tarekat Zhikir Mukzijat Makrifatullah Wa Karamatullah.....


Manusia dijadikan oleh Allah swt, tidak lain tidak bukan untuk beribadat kepada Nya...apakah yang dikatakan ibadat itu cukup sekadar dengan solat,puasa,zikir dan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya....nah marilah bersama-sama kita berfikir dan mahasabah diri sebaik mungkin.

dan jelas Allah berfirman;Tidak Aku lihat apa yang kamu kerjakan,tetapi apa yang aku lihat adalah hati mu..

Di sini jelas Allah mengajar kita sesuatu yang cukup maha hebat...iaitu perihal hati. Adakah yang dikatakan hati tu hanya sekadar seketul daging yang ada pada badan manusia itu???...jawapan ada ditangan saudara....

Semua orang boleh belajar dan mengaji ilmu ketuhanan dengan seorang guru yang mursyid. Tetapi berapa orang sahaja yang mampu memahami dan apa yang paling penting iaitu mahu menyempurkan diri dengan ilmu yang dipelajari. Dan ingatlah wahai saudaraku..sesungguhnya Allah itu tidak menyerupai pun dengan sesuatu...laisakamislihin..
Jika dilihat, masing-masing mengatakan mereka telah sampai apa yang dituju. Tetapi apabila ditanya persoalan-soalan mantik, secara tidak langsung terus senyap membisu. perkataan yang mampu dikeluarkan hanya ya..ya.. atau balik pada diri. Tidak kurang juga yang mengatakan perlu ikhlas apabila beramal...

sambungan (30/09/2010)

salam makrifatullah untuk semua rakan-rakan dan pembaca yang budiman...

Sejak kita dilahirkan ke dunia ini hingga kita dewasa kini...rasanya kita telah terlupa sesuatu akan perjanjian yang pernah termetarai antara kita dengan Allah Swt. Maka itu Allah berfirman..lebih kurang akan maksudnya kami sampaikan disini, 'Tidak Aku jadikan sekalian Jin dan manusia itu melainkan beribadah kepadaKU'.

Nah maka jelas di sini..memang ada tujuan kita di muka bumi ini. Bukan hanya setakat solat,puasa,zakat dan Haji. Tetapi lebih daridapa itu...kiranya. Dalam hadis Qudsi..Allah berfirman..Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, dan Aku sangat suka dikenali.

sambungan (23/03/2011) - Terbitan terbaru

Syukur alhamdulillah bertemu kita kembali setelah sekian lama tidak bermadah di arena blog ini..
Sepanjang perpisahan kita dahulu, banyak persoalan yang telah di ajukan kepada saya berkaitan dengan ilmu ketuhanan dan solat yang wajid dikerjakan oleh sekalian umat islam. Sebenarnya yang bermasalah adalah orang yang bertanya, padahal yang bertanya itu kebanyakkan orang yang telah menuntut ilmu ketuhanan iaitu ilmu mengenal diri. Orang-orang seperti ini terlalu ramai sehingga tidak dapat membezakan mana yang intan mana yang kaca. Orang-orang seperti ini juga sangat gemar mencari perkara yang mudah untuk dilakukan sahaja. Dalam erti kata lain, "Mahu tahu sangat sesuatu perkara (Rahsia Allah), tapi bila bab beramal Malas mahu Mampus".

Sebenarnya perkara pertama yang perlu dilakukan ialah terlebih dahulu mengenal akan TuhanNya. Selesaikan dulu perkara ini sunguh-sungguh, difahami dan dirasai. Maka itu, kita semua ini perlu mencari seorang Guru yang Mursyid yang dapat mengajar kita akan ilmu Rahsia Allah ini.
Tetapi apa yang kita lihat hari ini sudah terbalik dan tunggang langgang. kenapa ??? sebab kebanyakan orang hari ini kononnya solat itu sekali lah dengan kita mengenal Tuhan dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Mana bole macam tu, air dengan minyak mana boleh bercampur tapi berlapik boleh...ehehhehe.Jadi renung-renunglah diri sendiri sama ada kita sudah buat ka perkara pertama ini.. "Awaluddin makrifatullah" awal ugama itu mengenal Allah.